Monday, October 29, 2012

Apakah Terjadi Kepada Helikopter "Airwolf"

Siri TV Airwolf ialah antara siri TV yang terkenal dari dekad 80an.

Bintang utama siri ini ialah sebuah helikopter penggempur yang dikenali sebagai Airwolf.

Tahukah anda apa yang terjadi kepada helikopter ikonik ini setelah siri ini selesai?

Sebelum itu mari kita ketahui beberapa fakta mengenai Airwolf.

Sebenarnya helikopter supersonik Airwolf tidak wujud.

Sebuah helikopter Bell 222A diubah suai untuk rakaman siri ini.

Setelah siri ini dihentikan pada tahun 1986 kesemua modifikasi luarannya dicabut dan helikopter ini dijual kepada sebuah hospital di Jerman.

Pada tahun 1992, helikopter ini digunakan sebagai ambulan udara di Cologne bagi membawa seorang pesakit yang mengalami kelecuran teruk.

Dalam perjalanan pulang semula ke Berlin, helikopter ini terhempas di dalam cuaca buruk.

Kesemua tiga orang anak kapal meninggal dunia setelah helikopter ini melanggar bukit.

Pada tahun 2006,
sebuah replika Airwolf dihasilkan untuk Helicopter Headquarters Museum.

Setelah muzium ini ditutup replika ini dijual kepada Muzium Penerbangan Tennessee dan anda boleh melihatnya sendiri disitu.








Sumber : Blogserius & The RPF