Wednesday, March 13, 2013

Gambar Ukiran Wajah Yang Menakjubkan Daripada Buah Tembikai




Alahai memang unik dan super kreatif melihat ukiran yang diperbuat daripada buah tembikai yang begitu menakjubkan. Biasanya corak ukiran daripada buah tembikai bermotifkan tumbuhan mahupun bunga-bungaan namun apa yang membuat kita terpegun dengan buah tembikai ini adalah coraknya yang lain daripada yang lain dengan menonjolkan corak ukiran yang bermotifkan ekspresi muka yang bengis dan seram sesuai dengan warna merah isi buah tembikai tersebut.

Percaya atau tidak pengukir buah tembikai ini tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang seni dan hanya seorang kerani biasa sepenuh masa. Oleh kerana Clive Cooper,54 dari Kanada mempunyai komitmen terhadap kerja pada waktu siang, segala minatnya terhadap ukiran tembikai dilakukan di sebelah malam. Menurutnya, segala perancangan untuk menghasilkan corak pada buah tembikai perlu dibuat dengan pantas kerana buah tembikai akan layu dan hilang bentuknya dalam masa 24 jam.